13 MEI 1969
Blog ini bertumpu kepada peristiwa 16 Mei 1969.
Monday, 19 September 2016
'Pemimpin politik diingat henti main isu perkauman' - Syed Ali
http://www.astroawani.com/berita-politik/pemimpin-politik-diingat-henti-main-isu-perkauman-syed-ali-75453#
Tuesday, 30 August 2016
PUNCA & KESAN 13 MEI 1969
Tontonilah video ini yang menerangkan punca & kesan peristiwa 13 Mei 1969.
PERISTIWA 13 MEI 1969
Tontonilah video in yang dihasilkan oleh warga Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah tentang peristiwa 13 Mei 1969.
Kronologi Peristiwa 13 Mei 1969
Tontonilah video ini untuk mengetahui kronologi peristiwa 13 Mei 1969 secara teliti.
Iktibar Peristiwa 13 Mei 1969 Rusuhan Kaum
Pergaduhan kaum antara antara orang melayu dan orang cina tercetus pada 13 Mei 1969 merupakan kemuncak semangat perkauman yang kuat dan tidak dapat dibendungkan lagi. Tragedi tersebut berlaku sebaik sahaja keputusan piliharaya tahun 1969 selesai diumumkan. 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi kerana membahayakan keamanan, negara dan perpaduan masyarakat Malaysia. Antara pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh rakyat Malaysia ialah :
1. KEHILANGAN NYAWA DAN HARTA BENDA
Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalkan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat.
2. PERINTAH BERKURUNG
Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan terpaka mengeluarkan Perintah Berkurung yag disebabkan oleh kekacauan dan pecah belah antara kaum. Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni ant4ara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang beba untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan, susah berinteraksi dan saling berhubung antara kaum. Selain menjalankan perniagaan, susah berinteraksi dan saling berhubungan antara kaum. Selain itu, segala aktiviti harian masyarakat tersekat.
3. KEUNTUNGAN KEPADA MUSUH-MUSUH NEGARA
Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya. Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan neara yang menjadi tidak aman, huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah belah akibat daripada ras tidak berpuas hati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman. Antara contoh-contoh yag boleh dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan penjajah Portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan penaklukan tanah kepuyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Jordan oleh kuasa Israel, an penindusan secara kejam terhadap rakyat Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini.
4. PERPADUAN NASIONAL
Tragedi Peristiwa 13 Mei 199 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain. Kesedaran, penting di kalangan rakyat bahawa sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki, beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum. Dengan terdapat pelbagai jenis kaum, agama, budaya, dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat masyarakat. Pendek kata tanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.
Subscribe to:
Posts (Atom)