Tuesday 30 August 2016

RUJUKAN


  • http://blue5flowers.blogspot.my/
  • http:// perlembagaanmalaysia7.blogspot.my/2014/08/perlembagaan-malaysia_19.html
  • https://www.youtube.com/watch?v=Jrm-zHar_JE
  • https://www.youtube.com/watch?v=GtkDPvHyVm0
  • https://www.youtube.com/watch?v=kNdevTLb8iw
  • https://www.youtube.com/watch?v=a_Rpsspihh0
  • Selepas 13 Mei 1969





    Tontonilah video ini yang menunjukkan keadaan selepas peristiwa 13 Mei 1969.

    PUNCA & KESAN 13 MEI 1969





    Tontonilah video ini yang menerangkan punca & kesan peristiwa 13 Mei 1969.

    PERISTIWA 13 MEI 1969





    Tontonilah video in yang dihasilkan oleh warga Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah tentang peristiwa 13 Mei 1969.

    Kronologi Peristiwa 13 Mei 1969





    Tontonilah video ini untuk mengetahui kronologi peristiwa 13 Mei 1969 secara teliti.

    Iktibar Peristiwa 13 Mei 1969 Rusuhan Kaum




    Pergaduhan kaum antara antara orang melayu dan orang cina tercetus pada 13 Mei 1969 merupakan kemuncak semangat perkauman yang kuat dan tidak dapat dibendungkan lagi. Tragedi tersebut berlaku sebaik sahaja keputusan piliharaya tahun 1969 selesai diumumkan. 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi kerana membahayakan keamanan, negara dan perpaduan masyarakat Malaysia. Antara pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh rakyat Malaysia ialah :

     1. KEHILANGAN NYAWA DAN HARTA BENDA


    Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalkan  kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat.

      2. PERINTAH BERKURUNG

    Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan terpaka mengeluarkan Perintah Berkurung yag disebabkan oleh kekacauan dan pecah belah antara kaum. Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni ant4ara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang beba untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan, susah berinteraksi dan saling berhubung antara kaum. Selain menjalankan perniagaan, susah berinteraksi dan saling  berhubungan antara kaum. Selain itu, segala aktiviti harian masyarakat tersekat.

     3.  KEUNTUNGAN KEPADA MUSUH-MUSUH NEGARA

    Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya. Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan neara yang menjadi tidak aman, huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah belah akibat daripada ras tidak berpuas hati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman. Antara contoh-contoh yag boleh dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan penjajah Portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan penaklukan tanah kepuyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Jordan oleh kuasa Israel, an penindusan secara kejam terhadap rakyat Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini.

      4. PERPADUAN NASIONAL

    Tragedi Peristiwa 13 Mei 199 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain. Kesedaran, penting di kalangan rakyat bahawa sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki, beriri hati dan  menanam sifat curiga di antara kaum. Dengan terdapat pelbagai jenis kaum, agama, budaya, dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat masyarakat. Pendek kata tanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.


    PENGENALAN

    Peristiwa 13 mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.



    Latar belakang


    Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

    Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah daripadanya dalam pilihanraya.

    Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA, dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenangi Parti Perikatan dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

    Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

    Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka dengan berarak pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Namun, terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat dikenal pasti) telah mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Parti Tindakan Demokratik dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — logo perikatan.Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.

    Pembangkang meraikan kemenangan
    Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

    Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

    Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu dari Kuala Lumpur. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

    Perarakan kematian Cina


    Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.



    Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.


    Rumah Menteri Besar Selangor dan rusuhan pertama



    UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.



    UMNO bercadang untuk mengadakan perarakan balas pada 7.30 pagi 13 Mei hari selasa,tetapi kebanyakan orang Melayu mula berkumpul di depan rumah menteri besar Selangor pada awal pagi. Orang Melayu dari luar Kuala Lumpur turut serta dalam perarakan ini seperti dari Morib, Banting dan juga Perak. Menurut laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (Mageran), pergaduhan mula berlaku di Setapak dalam pukul 6 petang apabila sekumpulan pemuda Cina menghalang beberapa orang melayu yang dalam perjalanan ke Kampung Baru untuk menyertai perarakan UMNO dengan membaling botol kaca dan batu ke arah mereka.Pergaduhan ini diketahui oleh orang Melayu yang berkumpul di Kampung Baru Jalan Raja Muda, dalam pukul 6.30 petang orang Melayu mula bergerak dari Kampung Baru dan menyerang orang Cina bersenjatakan parang dan keris. Mereka membakar rumah-rumah kedai di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan juga kereta. Orang Cina yang terserempak dibunuh. Menurut laporan majalah Time, sekurang-kurangnya 8 orang Cina terbunuh dalam rusuhan pertama yang berlaku.


    Rusuhan ini mula tersebar di sekitar Kuala Lumpur dalam masa 45 minit dari Jalan Campbell, Jalan Tunku Abdul Rahman (Batu Road), Kampung Datuk Keramat, Kampung Pandan, Cheras, Kampung Kerinchi dan Sentul.

    Tentera dari Askar Melayu lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

    Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan Askar Melayu dikerah untuk mengambil alih kawalan.Rusuhan dapat di kawal dengan mengunakan gas pemedih mata,perintah berkurung 24 jam (curfew order) diumumkan oleh radio pada pukul 7.30 petang dan di televisyen pada 8 malam.

    Perintah tembak di keluarkan oleh Ketua Polis Negara Mat Salleh. Pihak askar mula meronda kawasan-kawasan rusuhan sehingga pukul 10 malam, ramai yang tidak tahu berkenaan perintah berkurung ditembak mati, ada juga yang ditembak kerana berdiri di depan koridor rumah sendiri. Laporan wartawan asing[nyatakan menurut siapa?] menyatakan segelintir Askar Melayu melepaskan tembakan rambang ke arah kedai dan rumah milik orang cina tanpa sebab.

    Pada hari seterusnya 5 pagi, Hospital Kuala Lumpur memberi laporan bahawa 80 orang meninggal dunia pada rusuhan pertama yang berlaku dan majoritinya adalah orang cina. Kebanyakan daripada mereka mengalami luka teruk akibat tetakan dan juga tembusan peluru. Ini hanya sebahagian orang atau mangsa yang dapat di hantar untuk rawatan, kebanyakan mayat orang yang terkorban diangkut oleh pihak PDRM menggunakan lori ke Balai Polis Travers. Kebanyakan mayat dalam keadaan tidak sempurna.

         


    Angka korban

    Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.

    Statistik tidak rasmi jumlah kematian:

    Melayu  : 86 orang
    Cina  : 342 orang
    Lain-lain  : 3 orang
    Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.

    Kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969(MAGERAN)

    Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.

    Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.

    KESIMPULAN

    Peristiwa pahit 13 nei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang mengariskan sempadan-sempadan yang harus diteiti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negara bangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta bertapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.

    Selepas peristiwa ini kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar seperti Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara bagi memulihkan sistem sosio-ekonomi negara dan perpaduan penduduk.Dalam peristiwa ini apa yang pentig bukanlan siapa  yang terlibat dan bersalah daam rusuhan ini , tetapi apakah puncanya peristiwa ini berlalu dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya , Sikap Ultra - Racist , Chauvinist serta kegagalan dalam memahami Kontrak Sosial dan Pakatan Murni semasa penubuhan Malaysia merupakan punca utama masalah imi berlaku.